Syarikat minyak & gas boleh membantu mempromosikan penggunaan gas asli, selain tenaga boleh baharu sebagai pilihan untuk bahan api yang lebih bersih bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata inilah masa yang sesuai untuk menggalakkan penggunaan gas asli dalam pasaran baharu memandangkan harganya yang lebih menarik, hasil daripada infrastruktur pelaburan yang tepat.

“Saya berharap syarikat serta kerajaan dapat membentuk usaha sama pintar bagi memanfaatkan potensi gas asli sepenuhnya sebagai pilihan yang berdaya maju dari segi komersial dan alam sekitar.

“Dua langkah ini sangat penting dalam menyokong satu sama lain, dan bukan sebaliknya,” katanya dalam ucaptama pada Persidangan Minyak dan Gas kali ke-19 di sini hari Isnin.

Beliau berkata syarikat minyak dan gas juga boleh membantu meningkatkan teknologi bagi mengurangkan jumlah pelepasan gas rumah hijau dalam proses industri masing-masing.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *