Anda di sini!
Utama > Terkini > SYARAT DATO VIDA AKAN HILANGKAN IDENTITI TRW

SYARAT DATO VIDA AKAN HILANGKAN IDENTITI TRW

mh online

KECOH jadinya apabila sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan ahli perniagaan, Datuk Seri Vida yang bersetuju menaja pasukan bola sepak Kelantan atau The Red Warriors (TRW).

Apa yang menjadi perbualan adalah dua syarat yang dikenakan Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn.Bhd itu.

Syaratnya ialah stadium rasmi pasukan berkenaan, Stadium Sultan Muhammad IV perlu dicat dengan warna rasmi produk Qu Puteh, iaitu warna merah jambu.

Syarat seterusnya ialah nama pasukan itu perlu diberi penjenamaan semula  menjadi Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.

Ramai yang mempertikaikan syarat tersebut dan menyifatkan ia agak keterlaluan.

Penyokong, terutamanya rakyat Kelantan berpendapat, dua syarat tersebut akan menghilangkan identiti TRW yang dibina dan dibawa selama ini.

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Top