Anda di sini!
Utama > Sukan > Syahrul Azwari Jadi Pemain Pinjaman Sarawak

Syahrul Azwari Jadi Pemain Pinjaman Sarawak

mh online

Bekas pemain Harimau Muda, Syahrul Azwari Ibrahim yang menjadi rebutan antara Kelantan dan Sarawak kini sah menjadi pemain ‘pinjaman’ bagi pasukan ‘Bujang Senang’ sepanjang musim 2016.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin dalam kenyataan hari ini berkata Syahrul Azwari, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) telah mencapai persetujuan itu selepas mengadakan rundingan.

“Semua pihak bersetuju agar pemain itu (Syahrul Azwari) didaftarkan untuk bermain bersama Sarawak secara ‘pinjaman’ tertakluk kepada terma dan syarat yang telah dipersetujui.

“Oleh itu, FAM dengan ini mengesahkan tiada sebarang sekatan terhadap pendaftaran pemain tersebut dan beliau juga dibenarkan untuk didaftarkan di luar jendela perpindahan pertama bagi musim 2016,” katanya.

Leave a Reply

Top