Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Susur Keluar Masuk Akleh Ditutup Sehingga Disember

Susur Keluar Masuk Akleh Ditutup Sehingga Disember

Susur keluar dan masuk Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) akan ditutup sementara mulai esok sehingga 1 Disember ini untuk melaksanakan kerja Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Sungai Bunus, di sini.

AKLEH dalam satu kenyataan hari ini berkata, pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif ke Jalan Tun Razak menerusi Jalan Ampang dan Jalan Yap Kwan Seng.

Bagi laluan ke Jalan Sultan Ismail atau ke pusat bandar Kuala Lumpur pula boleh menggunakan Jalan Raja Abdul Aziz dan Jalan Raja Abdullah.

Kenyataan terbaharu itu untuk membetulkan makluman terdahulu, AKLEH akan ditutup secara berperingkat bermula 22 September lalu sehingga 15 Oktober ini berikutan kerja menaiktaraf oleh Jabatan Pengairan dan Saliran bagi RTB Sungai Bunus.

JPS akan memulakan kerja menaiktaraf susur keluar dan masuk Jalan Tun Razak Utara secara berperingkat menyebabkan susur keluar dan masuk AKLEH ditutup sementara pada tarikh berkenaan.

Keterangan lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi talian 03-26981711.

Leave a Reply

Top