Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan menziarahi Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini, hari ini.

Ketibaan baginda diambut Pengarah Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian Datuk Dr Mafauzy Mohamed.

Baginda meluangkan masa kira-kira 20 minit untuk berbual dengan Ahmad yang kini semakin sembuh selepas menjalani pembedahan kepalanya pada Rabu lepas.

Ahmad dimasukkan ke HUSM Selasa lepas setelah mengadu sakit di bahagian kepalanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *