Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > SSMIV SUDAH UZUR,KELANTAN PERLUKAN STADIUM BAHARU

SSMIV SUDAH UZUR,KELANTAN PERLUKAN STADIUM BAHARU

mh online

image

Stadium keramat pasukan PQP TRW Stadium Sultan Muhammad IV yang dibina pada tahun 1967 yang berkapasiti 25,000 orang pada satu-satu masa,merupakan stadium yang paling uzur di Malaysia.

Jika dilihat dari atas maka akan nampak dengan jelas stadium ini sangat uzur.
Saya hairan,setiap tahun Persatuan Bola Sepak Negeri Kelantan (KAFA) membayar sewa dan levi yang berjumlah jutaan Ringgit kepada kerajaan negeri Kelantan.

image

Kemanakah hasil kutipan ini?takkanlah untuk membaik pulih tandas pun tidak mampu,untuk pengetahuan pembaca, jika anda ke stadium ini tandasnya tidak dapat digunakan,berbau busuk dan tiada lampu yang dipasang.

Cuba kita bayangkan pada waktu perlawanan bola sepak, ada penonton yang mahu membuang air kecil kemanakah hendak dihala?maksudnya penonton yang membayar harga tiket sebanyak RM15 (antara tiket yang paling mahal di Malaysia) terpaksa keluar atau pun tahan sehingga habis perlawanan,kerana jika mereka keluar nak masuk balik ke dalam stadium amat payah dek kesesakan dan terpaksa berhimpit-himpit antara lelaki dan wanita.

Kerajaan negeri Kelantan merupakan Kerajaan yang memerintah dengan Slogan “membangun bersama Islam” ,Inikah Islam yang diajarkan kepada rakyat negeri Kelantan?Islam bentuk apakah ini, Islam itu indah dan bersih.

image

Saya seringkali balik ke Kelantan bersama rakan-rakan dan menginap di hotel bersebelahan stadium,kadangkala saya malu dengan kawan-kawan saya,bila mereka tengok stadium buruk ini mereka tanya saya “inikah stadium SSMIV?” teruknya keadaan,kalau ada game nak parking dimana?

Kadang-kadang saya menjawab sambil berseloroh dengan mereka saya kata “kami ada tren bawah tanah,sampai-sampai je depan stadium jadi tak perlu bawa kereta”. Tapi jauh disudut hati, saya mengharapkan suatu hari Rakyat Negeri Cik Siti Wan Kembang akan menikmati perlawanan bola sepak di stadium yang baru dan canggih.Saya Amat berbangga menjadi rakyat Kelantan tolong jangan Kecam saya.

Jika di Felda Jengka mempunyai stadium baru ala-ala EPL home Stadium saya rasa tidak mustahil Kelantan mampu membina lebih cantik dan canggih dari Felda United.

Sebelum PRU ke-13 yang lalu kerajaan Kelantan pernah merasmikan Majlis Pecah Tanah Stadium di Bukit Merbau Pasir Puteh tetapi senyap begitu sahaja selepas PRU.Rakyat Kelantan ditipu hidup-hidup.

Begitu juga dengan pihak Kafa dibawah pimpinan Tan Sri Annuar Musa,pernah merasmikan Stadium KAFA di Tunjung tetapi senyap begitu juga.

image
Stadium yang kerajaan negeri janjikan

Saya benar-benar berharap Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri bergabung untuk membina sebuah stadium baru,jika kita boleh bekerjasama membina Lebuhraya Gua Musang-Kota Bharu,kita juga boleh bekerjasama membina sebuah stadium baru di Kelantan.

Jika tidak dalam masa terdekat pun mungkin suatu hari nanti,mungkin anak-anak saya nanti boleh menonton bola sepak di Kota Bharu di stadium yang lebih selesa dan moden.

ini cita-cita dan harapan seluruh peminat bola sepak Kelantan,mereka boleh kecam saya hari ini, tetapi percayalah jauh disudut hati, mereka juga mengharap perkara yang sama seperti saya.

sekian wasalam
GOMO KELATE GOMO

Leave a Reply

Top