Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > SPRM Tahan KSU, Rampas Wang Tunai & Jongkong Emas

SPRM Tahan KSU, Rampas Wang Tunai & Jongkong Emas

Dua individu termasuk ketua setiausaha (KSU) sebuah kementerian ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan rasuah dan salahguna kuasa.

Operasi bermula awal pagi Rabu itu juga merampas dan menyita wang tunai serta jongkong emas bernilai kira-kira RM3 juta.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, pegawai kanan bergelar Datuk itu ditahan di sekitar Subang Jaya kira-kira jam 8 pagi Rabu.

“KSU tersebut yang berusia 59 tahun dipercayai  menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya dengan menerima rasuah daripada mereka yang berkepentingan.

“Seorang individu lelaki berusia 29 tahun yang dipercayai berperanan menerima serta menyimpan wang hasil rasuah daripada kontraktor, pembekal dan vendor yang mempunyai kepentingan dengan KSU terbabit,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, petang Rabu.

Setakat ini, kedua-dua individu terbabit masih berada di ibu pejabat SPRM, Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Leave a Reply

Top