Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneliti keperluan untuk menjalankan semakan profil penerima gelaran Datuk atau Datuk Seri di negara ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata demikian selepas melakukan lawatan mengejut ke beberapa agensi kerajaan di Kompleks Perhentian Kajang disini, Selasa.

Ketika ini, katanya, SPRM akan hanya menjalankan saringan jika diminta berbuat demikian daripada pihak kerajaan negeri atau Pusat yang bertanggungjawab menganugerahkan pingat dan gelaran.

“Kami akan melakukan saringan terhadap nama calon untuk gelaran jika diminta,” katanya.

Dzulkifli diminta mengulas penahanan empat pemimpin akar umbi bergelar Datuk dan Datuk Seri yang terlibat dalam kegiatan samseng dan jenayah terancang tahun ini.

Suspek ditahan dalam operasi khas polis, Ops Cantas.

Dalam perkembangan lain, Dzulkifli berkata, beliau telah mengarahkan pengarah SPRM untuk menjalankan pemeriksaan mengejut dan tinjauan mesra di negeri masing-masing.

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *