Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > SPR Pamer Daftar Pemilih Suku Tahun Ke-4 2017

SPR Pamer Daftar Pemilih Suku Tahun Ke-4 2017

PUTRAJAYA, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempamerkan Senarai Tuntutan bagi Rang Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Tahun Keempat 2017 (ST4/2017) di semua Pejabat Pendaftar Pemilih Negeri (Pejabat Pilihan Raya Negeri) di seluruh negara sehingga 19  Feb ini.

SPR dalam kenyataan hari ini berkata perkara itu selaras  dengan peruntukan Peraturan 14(3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

Ia mempamerkan nama mana-mana orang yang telah mengemukakan permohonan pendaftaran baharu atau pendaftaran pertukaran bahagian pilihan raya tetapi mendapati namanya tidak dipamerkan pada pameran Rang DPT ST4/2017 yang dibuat pada 17 Jan hingga 30 Jan lalu (2018), katanya.

“SPR menyeru kepada semua pemilih yang telah mengemukakan tuntutan tersebut supaya membuat semakan nama mereka di Pejabat Pendaftar Pemilih Negeri yang berkenaan,” katanya.

Sebarang pertanyaan mengenai pameran Senarai Tuntutan bagi ST 4/2017 itu boleh menghubungi Ibu Pejabat SPR melalui nombor telefon 03-88927018 atau menghubungi mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri pada hari bekerja dan waktu pejabat.

Leave a Reply

Top