Anda di sini!
Utama > Terkini > SME ASEAN Perlu Daya Tahan Dalam Landskap Globalisasi

SME ASEAN Perlu Daya Tahan Dalam Landskap Globalisasi

mh online

image

Perusahaan kecil dan sederhana (SME) ASEAN perlu membina daya tahan sendiri untuk bertahan dalam landskap ekonomi dan perniagaan hari ini yang saling berhubungan dan sangat globalisasi, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri berkata SME perlu menggunakan langkah pengantarabangsaan ketika membina daya tahan yang akan membuka lebih banyak peluang kepada sumber, pelaburan, inovasi dan kepelbagaian.

“Penyelidik mencadangkan bahawa pengantarabangsaan SME cenderung mengemukakan laporan mengenai pertumbuhan pulangan dan pekerjaan yang sangat tinggi,” katanya

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Pavilion Perniagaan Forum Ekonomi Islam Global (WIEF), di sini hari ini.

Ahmad Zahid turut mencadangkan supaya SME membangunkan jaringan perkongsian perniagaan global komprehensif bagi memacu proses pengantarabangsaan.

Timbalan perdana menteri berkata jaringan tersebut perlu berupaya menyediakan maklumat berkaitan potensi pasaran dan rakan perniagaan yang boleh dikenal pasti.

Menurut beliau ia perlu berupaya menyumbang kepada pembangunan teknologi dan inovasi selain kewangan dan modal insan.

“Awal tahun ini di Malaysia kami melancar jaringan yang sama tetapi lebih kecil dipanggil ASEAN Market Place.

“Ia adalah directori SME ASEAN yang kukuh bagi membantu rangsangan perkongsian strategik dan membina hubungan perniagaan dalam komuniti SME ASEAN,” jelasnya.

Ahmad Zahid berkata hubungan dengan masyarakat lain di dunia adalah penting untuk mempertingkatkan lagi pencapaian SME ASEAN.

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Top