Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Skuad KL Terima Suntikan Dana Lebih Besar

Skuad KL Terima Suntikan Dana Lebih Besar

mh online

Pasukan bola sepak Kuala Lumpur mendapat suntikan dana dua kali ganda berbanding musim lepas, bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Walaupun jumlah penajaan tidak didedahkan, difahamkan skuad Kuala Lumpur yang juga dikenali sebagai ‘The Hawks’ di bawah kendalian jurulatih baharu, Ismail Zakaria, bakal menerima peruntukan hampir RM12 juta.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) Datuk Seri Adnan Md Ikhsan yakin skuad warga kota mampu mencapai sasaran beraksi dalam saingan Liga Super 2016 berikutan suntikan dana berkenaan.

“Pihak pengurusan KLFA sentiasa mahukan yang terbaik buat pasukan Kuala Lumpur. Saya yakin pemain akan lebih selesa, fokus dan konsisten pada musim ini dengan adanya jurulatih baharu.

“Jurulatih musim ini, saya lihat lebih serasi dengan pemain di samping beliau ada pengikutnya sendiri. Ini memudahkan proses kejurulatihan,” katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Pengenalan skuad Liga Perdana Kuala Lumpur musim 2016, yang disempurnakan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, di sini malam ini.

Turut hadir, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Md Amin Nordin Abdul Aziz.

Terdahulu, Tengku Adnan yang juga Penaung KLFA dalam ucapannya, percaya kehadiran tiga pemain import baharu serta seorang pemain import yang dikekalkan, Modibo Konte dari Mali, akan membantu skuad The Hawks meraih kedudukan terbaik dalam Liga Perdana musim ini.

“Saya harap gandingan pemain import ini serta kekuatan pemain tempatan yang tidak kurang hebatnya, skuad Kuala Lumpur akan mencapai kejayaan yang diharapkan dengan menduduki kelompok teratas dalam Liga Perdana,” kata Tengku Adnan.

Tiga pemain import baharu itu, ialah Mario Karlovic dari Australia serta Leonardo Moreira de Carvalho dan Anselmo Arruda da Silva, kedua-duanya dari Brazil.

Senarai pemain:

A. Thamil Arasu, Zaiful Abdul Hakim, Zhafri Yahya, Muhammad Hardee Samsuri, Muhamad Hafiz Mohd Johar, Ahmad Azlan Zainal (ketua pasukan), Helmi Remeli, Nik Zulaziz Nawawi, Mohd Rosdi Zakaria, Badrul Zaman Abd Halim, Mohd Fadhil Mohd Hashim, Isma Alif Mohd Salim, Alif Mohd Shamim Ramli, Nor Hadi Ubaidillah, Muhamad Arif Mohamed Anwar, Muhammad Irfan Zakaria, Na’im Nazmi Zainudin, Mohd Shoufiq Mohamad Qusaini, Fahrul Razi Kamaruddin, Abdul Halim Zainal, Mohamad Rashid Mohamed Aya, Muhammad Naufal Na’im Tony Rosdi, Muhamad Syafwan Syahlan, Muhammad Nurikhwan Mohamad Ismail, Azidan Sarudin, Modibo Konte (Mali), Mario Karlovic (Australia), Leonardo Moreira de Carvalho (Brazil), Anselmo Arruda da Silva (Brazil).

Leave a Reply

Top