Ahli Parlimen Britain menyelar kenyataan diplomat Israel terhadap rancangannya menjatuhkan ahli politik dan menteri negara itu kerana bersimpati dengan penduduk Palestin.

Setiausaha Luar Parti Buruh, Emily Thornberry menyifatkan kenyataan Shai Masot sebagai amat membimbangkan dan menggesa siasatan sehingga ke campur tangan politik di Britain.

“Ia melibatkan isu keselamatan negara. Pegawai kedutaan terlibat harus ditarik balik dan kerajaan perlu melancarkan siasatan segera untuk meneliti sejauh mana gangguan ini menjejaskan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam satu rakaman perbualan dengan bekas ketua kakitangan Timbalan Pengerusi Parti Konservatif dan ahli parlimen Robert Halfon, Maria Strizzolo, Masot didakwa bertanya jika dia boleh memberi cadangan beberapa nama ahli parlimen untuk dijatuhkan.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *