Kunjungan Raja Salman bin Abdulaziz A-Saud ke Malaysia baru-baru ini ternyata menarik pelbagai kisah di sekeliling baginda untuk dicoretkan.

Antaranya, mengenai seorang sosok lelaki berkepala botak yang senantiasa berada disamping baginda tidak kira ke mana baginda pergi.

Lelaki berkenaan adalah pengawal peribadi Raja Salman iaitu Kolonel Abdul Aziz Al-Faghm yang telah berkhidmat dengan keluarga diraja Saudi selama berbelas tahun.

Memetik laporan Arab News, Al-Faghm merupakan lulusan daripada Maktab Tentera Diraja Khaled pada tahun 1991, beliau kemudiannya dilantik sebagai ahli brigde khas sebelum dipindahkan ke jawatan pengawal diraja.

Sebelum itu, bapa Abdul Aziz telah berkhidmat untuk Raja Abdulaziz selama 30 tahun.

Raja Salman datang ke Malaysia untuk lawatan negara selama empat hari atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Malaysia adalah negara pertama yang dikunjungi Raja Salman dalam rangka lawatan baginda ke Asia Tenggara sejak menaiki takhta pada 2015.

Kunjungan Raja Salman ke negara turut menyaksikan perancangan Arab Saudi dalam meningkatkan jumlah pemberian biasiswa  penuh buat pelajar Malaysia ke negara itu di mana ia akan memberikan lebih banyak peluang kepada rakyat negara ini untuk menyambung pelajaran.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *