Anda di sini!
Utama > Ekonomi > Shell Perkenal Minyak Shell Rimula Baharu

Shell Perkenal Minyak Shell Rimula Baharu

Minyak sintetik penuh Shell Rimula R6 LM 10W-40, yang sesuai digunakan untuk enjin diesel tugas berat (HDDE), dijangka mendapat sambutan dalam pasaran Malaysia.

Pengurus Besar Shell Lubricants Malaysia dan Singapura Leslie Ng berkata Shell Rimula R6 LM merupakan inovasi terkini teknologi gas kepada cecair oleh Shell untuk berprestasi tinggi dan meluaskan keupayaan salir minyak dalam enjin pelepasan rendah yang terbaharu.

“Berharga RM572.60 untuk 20 liter, Rimula R6 LM yang baharu akan menawarkan perlindungan yang lebih baik sebanyak 53 peratus terhadap kehausan enjin dan penggunaan minyak yang lebih rendah sebanyak 45 peratus dengan perlindungan dinamiknya beserta teknologi.

“Formulasi ini menyediakan tahap perlindungan kepada enjin yang tidak pernah ada sebelum ini yang beroperasi dalam keadaan yang kritikal,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran produk itu di sini Rabu.

Ng berkata minyak baharu itu mencerminkan pelaburan Shell dalam penyelidikan dan pembangunan, dan hasrat untuk menawarkan produk minyak pelincir yang terkini yang memberi manfaat sebenar dan nyata kepada perniagaan yang beroperasi dalam persekitaran ekonomi yang mencabar.

Beliau berkata perlindungan dinamik beserta teknologi minyak itu digabungkan dengan teknologi PurePlus Shell yang menghasilkan minyak asas jauh lebih bersih hasil daripada gas asli dan teknologi tambahan adaptif.

“Lebih ramai pemilik bas dan trak akan dapat menaik taraf kenderaan mereka untuk dilengkapi dengan enjin yang lebih baharu dan lebih maju yang akan mendorong mereka untuk menggunakan minyak HDDE sintetik penuh untuk mengoptimumkan kecekapan minyak, prestasi dan kebolehpercayaan kenderaan mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Shell Malaysia dan Singapura Alex Y.W. Lim berkata syarikat melabur purata US$1.3 bilion setahun dalam penyelidikan dan pembangunan.

Leave a Reply

Top