Anda di sini!
Utama > Terkini > Setpol TPM Mula Sombong?

Setpol TPM Mula Sombong?

mh online

Oleh : Fansyuri

Ada kedengaran suara-suara sumbang yang mengatakan Setpol kepada YAB TPM sombong dan tidak memberikan khidmat yang sepatutnya.Saya pernah beberapa kali jumpa Datuk Abdul Fatah Iskandar, walaupun beliau tidak mengenali saya secara dekat tetapi tetap melayan saya di pejabatnya sebagai tetamu dengan baik. Walaupun di pejabatnya penuh dengan tetamu yang datang ingin berjumpa beliau.

Setiap tetamunya beliau akan luangkan masa paling singkat 30 minit kerana ramai yang “que” untuk menyampaikan pelbagai perkara.Dakwaan seseorang yang mengatakan Setpol TPM sombong dan tidak mahu melayan tetamu saya rasa mereka-mereka yang kecewa kerana tidak dapat apa yang dikehendakinya.

Jika zaman TPM yang sebelumnya,setiap hari mereka yang datang ke pejabat TPM paling ramaipun 5-6 orang sahaja itu pun mereka yang rapat dengan pegawai itu sahaja. Paling lama pun 5 minit.Waktu itu saya pernah datang untuk hantar surat dari sebuah yayasan,tetapi saya hanya dibenarkan untuk hantar surat dan pulang kemudian diberikan salinan surat yang dihantar untuk rekod. Waktu itu saya rasa hanya dilayan seperti budak penghantar surat sahaja, disebabkan saya tidak mengenali Setpol TPM waktu itu.

Berbeza dengan pendekatan Setpol TPM hari ini semua orang dilayan sama rata tidak kira lah dari mana saya datang dan atas urusan apa sekalipun, jika urusan itu tiada kaitan dengan pejabat TPM sekalipun saya akan dimaklumkan dengan cara yang baik. Itulah pendekatan YAB TPM hari ini dan pegawai di pejabatnya yang amat mendahulukan tetamu.

Itu belum lagi mereka yang mengikuti program TPM kesana sini untuk sampaikan pelbagai surat, YAB TPM tetap akan beri ruang ahli-ahli bawahan untuk sampaikan pelbagai perkara walaupun hanya dua minit,dan masa dua minit yang diberikan itu amat lah berharga.

Nasihat saya kepada mereka yang menjaja cerita pegawai, khasnya Setpol TPM meminggirkan tetamu yang datang itu datanglah ke pejabatnya dan tengoklah senarai tetamu yang berurusan dengan Datuk Abdul Fatah dan tgk masa masuk dan keluar mereka… jangan kerana kita tidak dapat apa yang kita hajati kita buat cerita di kedai-kedai kopi dengan fitnah dan caci maki…

Leave a Reply

Top