Oleh: Hidayat Fansyuri

Sejak beberapa hari yang lalu saya menerima banyak kiriman whatsapp, yang bertanyakan benarkah Setiausaha Politik I YAB TPM telah meletakkan jawatanya?

Mengenali sosok bernama Datuk Abdul Fatah Iskandar yang diperkenalkan kepada saya oleh blogger terkenal Datuk Zaharin Mohd Yassin beberapa tahun yang lalu ketika saya berurusan di pejabat rasmi Timbalan Perdana Menteri, beliau seorang yang mesra tetapi tegas dan mudah berurusan.

Saya difahamkan keadaan kesihatanya tidak begitu mengizinkan untuk beliau membantu tugasan YAB TPM di pejabat memandangkan beliau terpaksa berulang alik ke hospital beberapa kali dalam tempoh sebulan dan ada ketikanya di masukkan ke wad atas masalah kesihatanya itu.

Tiada pergeseran mahupun masalah dalaman antara beliau dengan YAB TPM cuma masalah kesihatan membataskan tugasan beliau.

Untuk menguruskan puluhan tetamu setiap hari bukan mudah, beliau seorang yang berpengalaman dan mampu mengendalikan puluhan tetamu di pejabat setiap hari yang datang sama ada untuk meminta surat sokongan mahupun lain-lain urusan.

Saya amat yakin YAB TPM tidak akan meluluskan perletakan jawatan tersebut, memandangkan tugas beliau sebagai Setiausaha Politik I sangat cemerlang dan sukar untuk mencari penganti yang berpengalaman seperti beliau.

Menguruskan urusan politik dan imej bos yang mahu dijaga bukan mudah, ramai setiausaha politik yang hanya mahu mencari kekayaan untuk diri dan keluarga dahulu lain-lain kemudian.

Datuk Abdul Fatah yang dikenali bukan orang yang begitu, beliau sangat mudah didekati senang berurusan dan sangat menjaga imej bosnya.

Tidak benar sama sekali spekulasi yang disebar luas di media sosial, terutamanya cybertrooper pro pembangkang yang mengatakan Datuk Abdul Fatah akan meninggalkan UMNO.

Beliau dan YAB Timbalan Perdana Menteri orang yang setia kepada perjuangan, bukan setia kepada individu.

Hentikan penyebaran maklumat yang salah dan fitnah jahat untuk meraih keuntungan politik.

 

 

 

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *