Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata sentimen dan kebanggaan nasional tidak harus mengganggu dalam membuat keputusan bisnes.

Dalam catatan di blognya malam ini, Salleh berkata: “Ini realiti duniabisnes hari ini… Kadang kala keputusan yang sukar perlu dibuat agar bisne skekal berdaya maju”.

Jualan kereta UK bagi 2016 mencapai rekod 2.7 juta.

“Ini adalah tahun terbaik bagi industri motor UK, Mini menyaksikan peningkatan jualan 8.5 peratus, Land Rover 19.47 peratus dan Jaguar 45.37peratus.

“Ironinya semua jenama British ini kini milik asing… Ini realiti dunia bisnes hari ini,” kata beliau.

Malahan, kata beliau, Volvo mencapai prestasi lebih baik sejak China mengambil alih syarikat itu ketika sebelumnya ia hampir-hampir ditutup.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *