Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Semangat Perpaduan Anggota Mampu Atasi Permasalahan Parti -TPM

Semangat Perpaduan Anggota Mampu Atasi Permasalahan Parti -TPM

mh online

Semangat perpaduan dalam kalangan anggota UMNO dari dahulu hingga kini berupaya mengatasi permasalahan yang timbul, sekali gus mengukuhkan parti, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

image

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata sebelum ini, parti itu pernah melalui cabaran-cabaran yang lebih hebat lagi.

Namun, dengan adanya semangat perpaduan dalam kalangan anggota parti, permasalahan itu dapat diatasi dan persepsi itu bertukar daripada negatif kepada positif, kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri itu.

“Begitu juga dalam keadaan sekarang, saya amat menghargai dokongan anggota UMNO Johor yang menyatakan ketaatan pada parti dan kepimpinan adalah menjadi tonggak kepada asas pegangan mereka.”

“(Dan) ini adalah sesuatu yang amat dihargai oleh Ibu Pejabat UMNO Malaysia,” kata beliau kepada pemberita selepas majlis perjumpaan khas bersama UMNO Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini petang tadi.

Leave a Reply

Top