BESTARI JAYA, Kerajaan negeri digesa menunaikan janji manifesto dicanangkan iaitu memberikan pendidikan percuma khususnya untuk anak Selangor.

Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, pihaknya akan meneruskan tuntutan terhadap manifesto kerajaan negeri yang jelas gagal menunaikan janji, sekali gus menganiaya penuntut di universiti milik kerajaan negeri itu yang terpaksa menanggung yuran pengajian sehingga RM50,000.

“Saya berani cakap sebab ada tiga anak buah yang belajar di sana dan nak habiskan pengajian ijazah terpaksa bayar hampir RM50,000 sedangkan janji dulu nak bagi pendidikan percuma.

“Kerajaan negeri cukup bangga dengan rizab simpanan yang banyak tapi hanya bagi RM20 juta sahaja untuk sektor pendidikan sedangkan dalam manifesto yang dicanangkan masa pilihan raya nak bagi pendidikan percuma,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media mengenai tuntutan janji kerajaan negeri terhadap anak Selangor di pekarangan Unisel Kampus Bestari Jaya, pagi tadi.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *