Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Sektor Pelancongan Perak Diramal Sumbang RM2.1 Billion Tahun Depan

Sektor Pelancongan Perak Diramal Sumbang RM2.1 Billion Tahun Depan

mh online

Sektor pelancongan di Perak dijangka menyumbang sehingga RM2.1 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Multimedia dan Komunikasi Perak Datuk Nolee Ashilin berkata ketika ini sektor itu merupakan penyumbang ketiga terbesar KDNK negeri selepas sektor pembuatan serta industri.

“Potensi produk pelancongan terlalu banyak di negeri ini, cuma dari segi pendedahan produk sedia ada serta produk baharu masih belum memuaskan terutama untuk pasaran antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas majlis minum petang bersama Persatuan Pelancongan Negeri Perak di sini pada semalam.

Mengulas lanjut, Nolee Ashilin berkata pembinaan Movie Animation Park Studios (MAPS) dan Pusat Konvensyen Ipoh yang akan siap tidak lama lagi dijangka mampu menarik lebih ramai pelancong ke Perak.

Nolee Ashilin berkata pihaknya juga akan membangunkan beberapa produk baharu untuk disenaraikan di kawasan agro pelancongan.

“Kita sudah mengenal pasti antara empat hingga lima tempat menarik yang akan membawa kelainan kepada negeri Perak,” katanya.

Leave a Reply

Top