Anda di sini!
Utama > Sukan > Saya Tidak Tahu Peraturan Itu – DSV

Saya Tidak Tahu Peraturan Itu – DSV

Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Hasmiza Othman mengakui beliau kurang maklum mengenai peraturan di kawasan teknikal stadium.

“Peraturan tersebut perlu bagi semua orang tahu.

“Saya pun tak tahu, tak boleh selfie di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Hasmiza yang juga dikenali sebagai Vida dilaporkan menerima amaran agar mematuhi peraturan ketika berada di kawasan teknikal bagi menyaksikan perlawanan membabitkan skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.
Amaran tersebut dikeluarkan Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) Kevin Ramalingam, semalam.

Kevin berkata, Hasmiza perlu mematuhi peraturan di kawasan teknikal seperti elakkan menggunakan telefon bimbit dan berpakaian sama seperti jersi pemain di padang.
Mengulas mengenai amaran tersebut, jutawan kosmetik kelahiran Machang, Kelantan itu berkata, beliau tidak akan mengulangi kesalahan tersebut.

Katanya, peraturan itu juga tidak dimaklumkan oleh pegawai Kafa sebelum ini.

Leave a Reply

Top