Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Saya Tetap Mahukan Pink Jersi Utama !

Saya Tetap Mahukan Pink Jersi Utama !

mh online

image
(Gambar dari laman TRWFC)

Penaja utama The Red Warriors (TRW), Datuk Seri Dr Vida membantah tindakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengekalkan penggunaan jersi tradisi skuad itu yang berwarna merah di gelanggang sendiri dan putih biru di tempat lawan bagi aksi Liga Super musim ini.

Datuk Vida tetap mempertahankan keputusannya bahawa warna berasaskan merah jambu perlu digunakan pada dua jersi utama pasukan tersebut seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian penajaan sebelum ini.

“Saya tidak setuju jersi utama kekal menggunakan warna tradisi Kelantan iaitu warna merah dan putih seperti yang diumumkan.

“Seperti yang kita bincangkan sebelum ini, saya mahu jersi itu dengan warna berasaskan pink, hanya jersi ketiga akan menggunakan warna merah,” katanya.

“Saya tak peduli, warna pink tetap kena jadi jersi utama,saya faham KAFA ada perjanjian dengan NIKE,saya harap perkara ini KAFA kena selesaikan segera”.

“saya suka tengok Real Madrib setiap tahun bertukar warna jersi dulu pink,putih lepas tu sekarang ni warna kelabu pulak jadi apa masalahnya untuk kelantan guna warna pink sebagai warna utama,”

“Warna pink ni warna kasih sayang,jadi kita nak lepas ni lebih ramai penonton bawa keluarga tengok bola di stadium.Saya perlu bertegas dalam hal ini untuk membawa perubahan kepada pasukan Kelantan,perlu dilakukan satu transformasi besar-besaran termasuklah stadium dan jersi.”tambahnya lagi.

Pada sabtu Tansri Annuar Musa yang juga Presiden KAFA memuat naik satu status di laman Facebook beliau yang menyatakan Warna merah adalah warna utama jersi Kelantan untuk musin 2016.Manakala warna Shocking pink hanya di daftarkan sebagai jersi kedua (Home).
image

Ketika ditanya komennya berkenaan kritikan Afdlin Shauki,beliau hanya senyum dan berkata “dia (Afdlin)tidak faham nawaitu saya”.

Datuk Vida ditemui ketika selesai Konsert Mega Gegar Vaganza di Istana Budaya yang mengumpulkan artis-artis dari Gegar Vaganza 1 dan 2 yang berlansung dari 15-17 Januari.Vida Beauty merupakan penaja utama untuk Konsert ini.

Leave a Reply

Top