Anggota Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz tetap akan hadir ke majlis perdebatan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed walaupun program itu tidak mendapat kebenaran daripada pihak polis.

Mohamed Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan memberi jaminan bahawa debat itu akan berlangsung secara aman seperti yang telah dijadualkan pada Sabtu ini di Dewan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuala Kangsar, Perak.

“Saya akan pastikan wacana itu berjalan dengan baik,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, Isnin.

Polis Perak dalam kenyataan hari ini menolak permohonan permit perdebatan itu kerana penganjur lewat menghantar permohonan.

Lokasi penganjuran debat itu juga tidak mendapat kebenaran dan polis turut menerima bantahan daripada orang awam dan penduduk di sekitar kawasan tersebut yang bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga mereka.

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *