Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyatakan kesediaan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya beliau mempunyai RM230 juta dalam akaun banknya pada 1996.

Timbalan perdana menteri menyatakan kerelaan hati untuk disiasat SPRM bagi membetulkan apa yang disifatkannya sebagai satu pembohongan, namun pada masa sama turut meminta harta bekas perdana menteri dan keluarganya juga disiasat suruhanjaya tersebut.

“Saya dengan ini terbuka hati dan menawarkan diri untuk disiasat oleh SPRM demi membetulkan persepsi dan pembohongan yang dilakukan oleh orang itu (Dr Mahathir). Pada masa sama saya minta aset beliau dan keluarga beliau juga disiasat SPRM. Ini bukan cabaran, cuma minta… baru namanya telus. Jangan dok tuduh orang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Baling di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Umno bahagian itu merangkap Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Baru-baru ini Dr Mahathir membangkitkan isu pengisytiharan harta dibuat Ahmad Zahid semasa dilantik sebagai Ketua Pemuda Umno termasuk memiliki RM230 juta dalam akaun banknya. Bagaimanapun Dr Mahathir menyatakan beliau tidak mempunyai bukti hitam putih berhubung dakwaan itu.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *