Anda di sini!
Utama > Sukan > Saya Datang Atas Kapasiti Peribadi

Saya Datang Atas Kapasiti Peribadi

mh online

Penaung Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Kelantan, Datuk Seri Hasmiza Binti Othman, atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Kelantan Tan Sri Annuar Musa, beliau berkata tidak timbul soal tidak membuat bayaran sebagai penaja, bayaran mengikut seperti apa yang dibincangkan dan dipersetujui bersama.

image

“Mengikut perbincangan awal sebagaimana yang dipersetujui, begitulah bayaran yang saya akan keluarkan dan saya hanya akan bayar saya punya bahagian sahaja, tidak timbul soal penaja tidak bayar” katanya.

Ketika ditanya soal gaji yang tertunggak musim lalu, beliau enggan mengulas dan tidak mahu campur tangan dalam masalah yang timbul dengan bekas pemain.

“itu biarlah Kafa selesaikan”.

Beliau yang kini dalam rangka lawatan untuk meninjau perkembangan bola sepak di eropah, ketika diminta mengulas isu beliau ke sana atas kapasiti peribadi dan tiada mandat untuk mencari pemain import baru, beliau berkata:

image

“Ya, benar saya ke mari atas kapasiti peribadi dan tiada kaitan dengan Kafa, tetapi ianya merupakan pelajaran yang berguna kepada saya dalam memahami pengurusan bola sepak profesional untuk dimanfaatkan ketika pulang ke Kelantan nanti, jadi apa masalahnya jika saya datang belajar dan meninjau perkembangan bola sepak disini, saya kira tidak timbul masalah pun”.

“saya tahu dan faham jika mahu tukar pemain import memerlukan kos yang tinggi, sedangkan Kafa sedang bergelut dengan masalah tuntutan gaji tertunggak dengan bekas pemain,

“Saya bekerja mengikut cara saya dan benda ini adalah perancangan awal, bukan saya cari import untuk tukar dalam masa segera. Saya telah diberikan peluang untuk melihat beberapa pemain dari divisyen tiga dan alhamdulillah semua berjalan lancar” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Leave a Reply

Top