Penyanyi Aweera berasa teruja apabila berpeluang bersatu tenaga bersama bekas gitaris legenda iaitu Joe (Wings) dan juga Hillary Ang (anggota kumpulan Search) dalam kumpulan ‘Prime Domestic’.

Aweera berkata, dia diintai untuk menjadi vokalis kumpulan itu sejak tahun 2011 lagi, namun dia tidak dapat memberikan komitmen kerana mahu memberi fokus dengan kumpulan disertainya sebelum ini iaitu Mojo.

“Saya berjumpa abang Joe buat kali pertama pada tahun 2011 ketika menjayakan penggambaran sebuah filem, namun pada tahun 2012 saya bersama kumpulan Mojo dan projek bersama kumpulan Prime Domestic terhenti di situ sahaja,” katanya ketika ditemui.

Selain Joe, Hillary Ang dan Aweera, Prime Domestic turut dianggotai oleh Gee (bes) dan Ainoll (dram).

Kata Aweera, disebabkan kesibukannya, mereka ada menyenaraikan beberapa penyanyi lain selepas itu namun akhirnya rezeki berpihak kepadanya.Kumpulan Prime Domestic dianggotai Ainoll (dari kiri), Aweera, Joe, Hillary Ang dan Gee.

Ujar Aweera lagi, peluang itu umpama mimpi yang menjadi kenyataan kerana dia membesar dengan muzik bintang legenda berkenaan.

“Saya masih terkejut dan berbangga dapat berkerja bersama legenda muzik Malaysia. Setakat ini kami sudah merakamkan tiga buah single dan lagu seterusnya akan dirakamkan tidak lama lagi. Ini kali pertama saya merakamkan album penuh,” katanya.

Aweera yang mengakui kerjayanya semakin perlahan selepas bergerak secara solo bersyukur kerana kumpulan baru ini seaka-akan memberi sinar baru dalam kerjaya seninya.

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *