Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Saudi Tawar Ganjaran RM7.74 Juta

Saudi Tawar Ganjaran RM7.74 Juta

mh online

ARAB SAUDI. Kerajaan Arab Saudi menawarkan ganjaran sebanyak AS$1.86 juta (RM7.74 juta) kepada mana-mana individu yang membantu kerajaan menggagalkan serangan ganas di negara itu.

Kelmarin, Kementerian Dalam Negeri mengumumkan kerajaan juga menawarkan AS$266,000 (RM1.1 juta) kepada individu yang mendedahkan maklumat lokasi persembunyian pengganas.

Pengumuman itu dibuat selepas kementerian tersebut membongkar identiti suspek terlibat dalam insiden pengeboman masjid yang turut meragut sekurang-kurangnya 11 nyawa di bandar Abha, wilayah Asir pada 6 Ogos lalu.

Difahamkan, seramai dua suspek telah diberkas dan pihak berkuasa kini sedang memburu sembilan lagi individu selain turut menawarkan ganjaran AS$1.33 juta (RM5.53 juta) kepada pemberi maklumat yang membawa kepada penangkapan mereka.

Leave a Reply

Top