Alexis Sanchez dijangka menolak tawaran Manchester City jika Arsene Wenger bersetuju dengan dua syarat pemain berkenaan.

Media Chile melaporkan, pemain berusia 28 tahun itu sedia melanjutkan kontraknya bersama Arsenal jika Wenger bersetuju dengan jumlah gaji yang dituntut.

Selain itu, Wenger juga perlu mengotakan janjinya untuk memperkemaskan skuad berkenaan untuk musim depan.

Sanchez dilapor menuntut gaji sebanyak £300,000 seminggu berbanding pendapatan semasanya di Arsenal ialah £130,000 seminggu.

Bagaimanapun, laporan itu mendakwa tidak mustahil Sanchez mengambil jalan mudah dengan menyertai skuad bimbingan Pep Guardiola daripada memikirkan hal Arsenal.

City setakat ini yakin dapat membawa Sanchez ke Stadium Etihad dengan bidaan setinggi £50 juta.

Namun, Wenger enggan melepaskan pemain berkenaan walaupun bakal kehilangan Sanchez secara percuma tahun depan.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *