Saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) di Bursa Malaysia terus menarik perhatian, dengan dagangan saham syarikat itu kekal aktif, dan kumpulan itu mula menunjukkan kemajuan dalam menyelesaikan isu dalam kumpulan berkenaan.

Pada 10.41 pagi, kaunter syarikat itu meningkat empat sen kepada RM1.75 dengan 8.82 juta saham bertukar tangan.

Pada Isnin, kumpulan itu mengesahkan laporan bahawa Datuk Wira Azhar Abdul Hamid, 56, dilantik sebagai pengerusi baharu syarikat, berkuat kuasa 11 Sept, menamatkan banyak spekulasi mengenai siapa yang akan bakal menerajui FGV.

Azhar mengambil alih jawatan itu daripada Pemangku Pengerusi Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob, sejajar pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 8 Sept, 2017.

Mesyuarat selama tiga jam bersama pengurusan kanan FGV semalam yang dipengerusikan Azhar, memberi tumpuan kepada rancangan dan usaha untuk meningkatkan prestasi syarikat, tindakan yang penting bagi syarikat menjadi lebih berdaya saing dan dapat mencapai pertumbuhan mampan pada masa depan.

Azhar dalam laporan media semalam berkata walaupun menghadapi krisis, keadaan itu bukan halangan bagi FGV untuk terus meningkatkan momentum perniagaannya.

FGV hanya akan memberi tumpuan kepada perkara positif dan menyelesaikan setiap masalah secara berperingkat-peringkat, katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *