Saham CIMB Group Holdings Bhd susut pada sesi awal petang ini berikutan berita Pengerusinya Datuk Seri Nazir Razak bercuti mulai hari ini.

Harga saham bank pada RM4.82, turun 15 sen, pada pukul 4.00 petang dengan 16.90 juta saham diniagakan.

Harga saham CIMB yang bergerak antara RM4.72 dan RM4.96 setakat ini juga merupakan antara saham paling aktif hari ini.

Nazir hari ini mengumumkan secara sukarela bercuti mulai hari ini selepas mesyuarat agung tahunan bank, bagi membolehkan siasatan bebas dijalankan membabitkan isu pemindahan US$7 juta yang diagihkan sebelum pilihan raya umum ke-13.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *