Saham Asia berada dalam aliran menurun apabila pelabur mengurangkan risiko berikutan kejadian beberapa krisis politik dan ekonomi, minggu ini.

Indeks meluas saham MSCI Asia Pasifik di luar Jepun susut 0.2 peratus selepas mencapai paras tinggi dua tahun pada Isnin.

Dagangan awal di pasaran Asia, seperti Australia dan Jepun juga adalah lebih rendah.

Kebanyakan indeks utama saham Amerika Syarikat (AS) jatuh di antara 0.23 peratus dan 0.33 peratus, semalam.

Dalam pasaran mata wang, dolar AS lemah berbanding pesaing utama lain dan penyusutan hasil bon AS turut mengheret dolar, selain berhadapan dengan ketidaktentuan politik. – REUTERS

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *