Anda di sini!
Utama > Sukan > Rusia Kekal Digantung Sertai Olahraga Dunia Di London

Rusia Kekal Digantung Sertai Olahraga Dunia Di London

Rusia akan kekal digantung daripada menyertai kejohanan olahraga antarabangsa dan tidak mungkin dibenarkan bertanding sebelum November ini, kata Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF).

Ketua Pasukan Petugas IAAF, Rune Anderson berkata Rusia telah dibentangkan dengan senarai permintaan sebelum mereka dibenarkan untuk bertanding semula.

Dengan keputusan itu, ini bermaksud atlet Rusia akan terlepas peluang menyertai Kejohanan Olahraga Dunia di London, Ogos ini.

Persekutuan Olahraga Rusia (RUSAF) digantung daripada sukan olahraga pada November 2015 berikutan masalah doping yang didakwa mendapat bantuan kerajaan.

Penggantungan itu sudah dilanjutkan pada Mac dan kemudian hingga Jun 2016 yang menghalang atlet Rusia daripada beraksi di Olimpik Rio.

Leave a Reply

Top