Anda di sini!
Utama > Luar Negara > The Rock Mungkin Tanding Presiden

The Rock Mungkin Tanding Presiden

Bekas ahli gusti yang kini bergelar pelakon popular, Dwayne ‘The Rock’ Johnson, berkata beliau mungkin bertanding sebagai Presiden Amerika Syarikat pada masa depan.

Bintang ‘San Andreas’ berusia 43 tahun itu memberi bayangan mengenai impian politiknya selepas peminat meletakkan artikel menunjukkan semua sebab beliau perlu bertanding sebagai presiden.

Johnson berkongsi kenyataan itu menerusi Twitter, dan berkata beliau setuju dengan idea ke Rumah Putih itu.

DWAYNE ‘The Rock’ Johnson. “Idea baik mengapa saya perlu bertanding sebagai presiden. Mungkin satu hari nanti. Sudah pasti Rumah Putih ada ruang untuk trak pikap saya,” katanya.

Artikel itu menyatakan ahli Republikan yang sudah lama berdaftar itu dijemput berucap di konvensyen parti berkenaan pada 2000, dan turut menghadiri konvensyen Demokrat.

Johnson yang lebih dikenali dengan gelaran ‘The Rock’, cukup dihormati penguat kuasa undang-undang dan tentera, dan diketahui seorang yang mengutamakan keluarga. –

 

Leave a Reply

Top