Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > RM400,000 Untuk Naik Taraf Gurdwara Sahib Sentul

RM400,000 Untuk Naik Taraf Gurdwara Sahib Sentul

Kerajaan hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM400,000 bagi menaik taraf Gurdwara Sahib Sentul.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata menerusi peruntukan itu, ia dapat memberi lebih keselesaan kepada penganut agama Sikh untuk menjalankan aktiviti keagamaan di kuil itu.

“Oleh itu sebarang sumbangan yang diterima Gudwara ini pula boleh disalurkan kepada Gudwara lain dalam negara,” katanya dalam ucapan pada Majlis Jamuan Teh Sempena Perayaan Vaisakhi di Gurdwara Sahib Sentul, di sini hari ini.

Lebih 1,000 orang kaum Sikh hadir di kuil itu bagi menyambut kedatangan timbalan perdana menteri.

Leave a Reply

Top