Oleh : Hidayat Fansyuri

BANDAR BARU BANGI, RISDA memperuntukkan sebanyak RM 78,000.00 untuk diagihkan kepada 13 buah negeri termasuk ibu pejabat RISDA bagi ibadah qurban yang mana setiap negeri menerima sebanyak RM 6,000.00.

Dalam memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam melaksanakan ibadah qurban dan menerapkan nilai-nilai kerohanian dikalangan warga RISDA, Ibu Pejabat RISDA hari ini bertempat di Puri Buana Wedding Garden Bandar Baru Bangi telah mengorbankan sebanyak 13 ekor lembu yang disumbangkan oleh pengurusan RISDA, Espek Plantations Sdn Bhd, Espek Livestock Sdn Bhd, RISDA Fleet Sdn Bhd RISDA Holding Sdn Bhd dan Permodalan RISDA Berhad.

Dalam Majlis yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah RISDA itu seramai 27 orang kakitangan Ibu Pejabat RISDA, Syarikat milikan RISDA, Sinergi Perdana Sdn Bhd dan Koperasi Anggota RISDA Malaysia Berhad (KARISMA) serta seorang pesara telah mengambil bahagian sebagai peserta qurban.

Syarikat milikan RISDA pula telah mengagihkan kepada 56 orang penerima bahagian qurban.

Seramai 86 orang kakitangan RISDA dari kumpulan sokongan ( Gred 11-16) turut menerima sumbangan daging qurban pada hari ini.

Selain itu juga, Pihak RISDA turut menjemput empat buah rumah anak yatim sebagai tetamu jemputan dan turut menerima sumbangan iaitu Rumah Raudhatul Al- Faeez, Pusat Pengurusan Alfirdaus, Pertubuhan Anak Yatim & Kebajikan Darul Izzah, dan Pertubuhan Kebajikan Al Kausar Bangi  serta Akademi Tahfiz Fuqaha.

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Pengarah RISDA Dato Wan Ahmad Shabri Zainuddin Bin Wan Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Korporat En Abdullah Bin Zainal, dan pengarah- pengarah bahagian serta Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milikan RISDA, serta lebih 500 orang tetamu jemputan.

 

 

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *