Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), hari ini berikutan permintaan yang kukuh, sejajar dengan mata wang serantau yang lebih baik berbanding dolar.

Pada jam 9 pagi, ringgit diniagakan pada 4.2735/2775 berbanding dolar daripada 4.2780/2810, penutup semalam.

Seorang peniaga berkata, mata wang pasaran baharu muncul, termasuk ringgit mengukuh berbanding dolar AS apabila pelabur beralih daripada dolar susulan amaran Presiden AS, Donald Trump untuk ‘bubar kerajaan’ dan menamatkan Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara.

“Selain itu, kebanyakan pelabur juga terus menunggu ucapan Janet Yellen di Simposium Jackson Hole di Wyoming, yang menghimpunkan semua ketua bank dunia hari ini,” katanya.

Peniaga itu juga berkata, harga minyak mentah yang tinggi turut menyokong prestasi ringgit.

Penanda aras semalaman, niaga hadapan minyak mentah Brent naik 0.6 peratus kepada AS$52.36 (AS$1 > RM4.27) setong, disebabkan kemungkinan pengeluaran dikurangkan oleh Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), selain taufan yang mungkin melanda pantai Texas.

Ringgit juga diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding yen 3.8949/9003 daripada 3.9111/9142, penutup semalam dan mengukuh

berbanding pound kepada 5.4714/4769 daripada 5.4861/4904 semalam.

Berbanding dolar Singapura, unit tempatan itu menokok 3.1379/1424 daripada 3.1419/1453 sebelumnya dan meningkat berbanding euro 5.0406/0462 daripada 5.0438/0482, semalam.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *