Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Reman Bekas YDP Disambung

Reman Bekas YDP Disambung

Seorang bekas Yang Dipertua (YDP) majlis perbandaran sebuah daerah di negeri ini, disambung tempoh tahanan reman selama empat hari sehingga Jumaat ini, bagi membantu siasatan kes rasuah.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman, Emysuriana Muhammad Subry selepas dipohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau menetapkan tahanan reman suspek berusia 63 tahun itu yang berakhir pada Isnin, disambung mulai Selasa hingga 24 Februari.

Dua lagi kontraktor yang turut ditahan sebelum ini, bagaimanapun dibebaskan pada Isnin, dengan jaminan SPRM.

Suspek yang bergelar Datuk itu ditahan SPRM pada 13 Feb lalu kerana dipercayai melakukan salah guna kuasa ketika memegang jawatan pegawai daerah dan YDP perbandaran di negeri ini, sejak September hingga Ogos 2016.

Dua kontraktor terbabit pula disyaki dianugerahkan beberapa projek membabitkan pejabat daerah dan majlis perbandaran berkenaan.

 

Leave a Reply

Top