Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Remaja Mati Lemas Di Pulau Perhentian

Remaja Mati Lemas Di Pulau Perhentian

Kegembiraan lapan sahabat bercuti di Pulau Perhentian, dekat sini, berakhir tragedi apabila seorang daripadanya mati lemas ketika mandi di pulau itu, petang semalam.

Mangsa, Mohd Amirul Ihsan Sulong @ Alias, 21, dari Kampung Bukit Kuang, Kemaman dikatakan turun ke Pantai Spice Diver, Pulau Panjang, dekat Pulau Perhentian bersama tujuh rakan lain.

Dalam kejadian jam 3.35 petang itu, dua lagi rakan mangsa juga hampir lemas, namun dapat diselamatkan orang awam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi, mengesahkan kejadian itu dan berkata, semua mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Pulau Perhentian dan Mohd Amirul disahkan meninggal dunia.

Mohd Zamri berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Besut untuk dibedah siasat.

Leave a Reply

Top