Real Madrid akan mendapatkan dua bintang Chelsea, Eden Hazard dan Thibaut Courtois pada akhir musim ini dalam misi memantapkan pasukan berkenaan.

Sebagai pertukaran kelab gergasi Sepanyol berkenaan sedia menyerahkan James Rodriguez dan Alvaro Morata yang tidak diperlukan lagi.

Presiden Real Madrid,  Florentino Perez yakin akan memenangi proses mendapatkan kedua-dua pemain tersebut untuk melakukan pemindahan mega selepas dua tahun menyepi tanpa pembelian besar-besaran.

Hazard merupakan pemain yang diminati pengendali Real, Zinedine Zidane sejak musim lalu dan dia antara sasaran utama pada akhir musim ini.

Courtois menjadi pilihan selepas Perez gagal memujuk David De Gea supaya meninggalkan Manchester United sejak musim lalu.

Mengikut perancagan Real, ketibaan Hazard bakal memperkukuhkan lagi barisan pemain tengah bersama Luka Modric dan Toni Kroos.

Chelsea dijangka tidak menghadapi sebarang masalah akibat ketiadaan Hazard kerana masih mempunyai N’golo Kante yang dilabel sebagai pemain terbaik dunia oleh penyokongnya.

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *