Real Madrid menyingkirkan Barcelona daripada terus menguasai puncak La Liga selepas menundukkan Real Betis 2-1 dalam perlawanan di Stadium Santiago Bernabeu, awal pagi Isnin.

Gol Los Blancos diperolehi menerusi Cristiano Ronaldo pada minit ke-41 dan Sergio Ramos, minit ke-81.

Gol Betis terhasil daripada kesilapan penjaga gawang Madrid, Keylor Navas pada minit ke-25 sekali gus menjadikan dirinya sebagai satu-satunya penjaga gol yang mencatatkan gol bunuh diri dalam La Liga musim 2016/17.

Madrid tampil lebih dominan dalam perlawanan ini dengan penguasaan bola sehingga 70.1 peratus. Dari segi peluang, mereka mencatat 14 peluang berbanding lapan yang diperolehi Betis.

 Pada babak kedua di mana kedudukan terikat 1-1, Madrid terus mengasak tetapi terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Cristiano Piccini menerima kad kuning kedua kerana melanggar Lucas Vazquez.

Gol yang ditunggu-tunggu peminat Madrid akhirnya tercipta pada minit ke-81 apabila Ramos menanduk bola selepas menerima umpan daripada Toni Kross.

Ini bermakna, gol tersebut menyelamatkan Madrid yang nyaris kehilangan tiga mata.

Mata penuh ini juga telah membawa Madrid ke puncak carta La Liga dengan koleksi 62 mata.

Mereka unggul dua mata dari pencabar terdekat, Barcelona yang dimalukan Deportivo 2-1 dalam satu lagi perlawanan sebelum itu.

Tidak hanya kalah dari segi kutipan mata, Barca juga ketinggalan dari segi jumlah perlawanan (27 perlawanan) berbanding Madrid yang masih memiliki satu lagi baki perlawanan (26).

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *