KUALA TERENGGANU, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman merasmikan Majlis Perjumpaan Pergerakan Puteri UMNO Cawangan-Cawangan Seluruh Negeri Terengganu petang sabtu di Stadium Negeri disini.

Seramai 1300 orang ahli puteri yang terdiri daripada ketua-ketua puteri UMNO cawangan hadir dalam majlis tersebut. Turut bersama Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk wira Mas Ermieyati Samsudin, Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Zahida Zarikh Khan dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Terengganu  Erni Salwani Saidi.

Ahmad Razif yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu berkata, puteri UMNO Terengganu sudah bersiap sedia serta sedang bergerak mengempur pungundi-pengundi asas UMNO dan Barisan Nasional (BN).

‘Oleh kerana itu kita(UMNO) banyak membuat pertemuan dan memperkasakan puteri serta jentera puteri  disemua peringkat’

‘Kita juga mengucapkan tahniah kepada jentera puteri kerana banyak memainkan peranan dalam media sosial bagi menyebarkan dasar kerajaan serta parti dan juga menjawab segalanya dengan berfakta’, katanya semasa sidang media.

Sehubungan dengan itu juga, Ahmad Razif turut mengecam tindakan syarikat berkaitan yang tidak mahu mengambil pekerja yang bertudung di dalam negara ini.

Katanya, tindakan itu sama sekali mengarut kerana perlu menghormati bahawa negara ini termaktud dengan perlembagaan yang jelas menyatakan Islam adalah agama rasmi Malaysia.

‘Ini diperuntukkan di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi ’Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan…’, Namun begitu, agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. (Perkara 3(1))’

‘Dalam soal ini, bertudung tidak dapat kerja, ini tidak betul dan tidak menghormati Agama Islam di negara kita”

‘Didalam negeri ini, saya telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membuat pemeriksaan kepada semua hotel-hotel berkaitan perkara in dan jika ada kita (kerajaan negeri) akan memberi amaran keras kepada mereka’, katanya lagi.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *