Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Rakyat Malaysia Di Korea Utara Selamat

Rakyat Malaysia Di Korea Utara Selamat

Seramai 11 rakyat Malaysia, termasuk dua peserta Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Korea Utara, selamat.

Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata yang lain terdiri daripada tiga pegawai dan kakitangan Kedutaan Malaysia serta enam anggota keluarga mereka.

“Tiada ancaman terhadap mereka. Jangan kita membuat spekulasi. Saya juga akan menghubungi seorang daripada mereka tidak lama lagi,” katanya kepada wartawan di ruang legar Parlimen di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian susulan keputusan Korea Utara melarang rakyat Malaysia meninggalkan negara itu, berkuatkuasa serta merta.

 

Leave a Reply

Top