Pemandu Ferrari, Kimi Raikkonen pada Rabu beralih angin dengan memandu jentera bomba dan penyelamat.

‘The Ice Man’ ini memandu jentera bomba seberat 18 tan di trek khas yang disediakan di sini dengan dibantu pegawai bomba Mohd Uzair Abdullah.

Acara itu diatur oleh Shell V-Power sempena kejohanan Grand Prix Malaysia hujung minggu ini.

“Kereta bomba ini berbeza dengan kereta Ferrari saya. Ia merupakan pengalaman baharu bagi saya,” katanya.

Selain memandu kenderaan sepanjang 8.5 meter itu, beliau turut mencuba menggunakan hos air dan membawa tangga bomba.

“Saya tabik kepada pakar bomba seperti Uzair yang tugasnya melindungi kita semua. Saya pelajari bahawa aspek perlindungan dan keselamatan adalah sama penting,” tambahnya.

Shell telah mengadakan perkongsian inovasi dengan Scuderia Ferrari sejak 60 tahun lalu.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *