Anda di sini!
Utama > Sukan > Putera Ali Minta Pemilihan Jumaat Ini Digantung

Putera Ali Minta Pemilihan Jumaat Ini Digantung

mh online

Calon presiden FIFA, Putera Ali bin al Hussein memanggil tribunal sukan antarabangsa untuk menggantung pilihan raya bagi memilih presiden baharu badan induk terbabit pada Jumaat ini kerana menganggap ada unsur tidak telus, kata peguamnya.

Putera Jordan itu, seorang daripada lima calon yang akan bertanding, mahu tempat undian lut sinar digunakan pada kongres diadakan sempena mencari pengganti Sepp Blatter. Tetapi permintaannya itu ditolak suruhanjaya pilihan raya FIFA.

Peguamnya dari Paris berkata, mereka kini mengambil jalan singkat dengan melaporkan perkara itu kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) untuk meraih sokongan bagi menggantungkan acara itu.

“Kami membuat permintaan baharu kepada CAS untuk menggantung pilihan raya terbabit yang dijadualkan pada 26 Februari ini,” kata peguam itu dalam satu kenyataan.

Peguam terdiri daripada Szpiner, Toby, Ayela dan Semerdjian, sudah pun membuat permintaan untuk sesi pendengaran CAS mengenai tempat undian itu.

Tetapi mereka berkata pengerusi pilihan raya FIFA menolak sesi pendengaran CAS sebelum majlis undian pada Jumaat ini.

Kenyataan itu berkata, permohonan rasmi kepada CAS sudah dibuat semalam. Putera itu juga meminta untuk tempat lut sinar di hantar ke Zurich bagi digunakan pada kongres terbabit.

“Hanya tempat lut sinar dapat membuktikan setiap pengundi mengikut kata hatinya dan bukannya kerana dipaksa, sekali gus mengelak pengundi mengambil gambar kertas undian untuk membuktikan mereka mengikuti arahan individu atasan,” kata Renaud Semerdjian kepada AFP.

Leave a Reply

Top