KUALA LUMPUR, Susulan insiden kebakaran pusat tahfiz di sini yang mengorbankan 23 orang hari ini, semua pusat sedemikian di seluruh negara harus mematuhi piawaian keselamatan bangunan yang telah ditetapkan pihak berkuasa.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu jelas dalam peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Sejak 2011, ada 31 kejadian seperti ini berlaku, piawaian keselamatan harus dipatuhi semua pihak demi keselamatan pelajar dan tenaga pengajar tahfiz.

“Tiada niat kerajaan pusat mahu campur tangan urusan kerajaan negeri…kita cuma mahu piawaian keselamatan dipatuhi,” katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian petang ini.

Menurutnya keselamatan pelajar dan tenaga pengajar harus menjadi keutamaan.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *