Punca Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menyekat kemudahan WiFi di pusat latihan kelab itu didedahkan, di mana keputusan berkenaan dibuat selepas salah seorang pemain dikesan menggunakan telefon semasa berurut.

Keputusan Guardiola itu bagi membangkitkan semangat para pemainnya dengan harapan skuad itu dapat memberi tumpuan dengan berkomunikasi antara satu sama lain, berbanding mengutamakan penggunaan telefon di Akademi Bola Sepak City.

Liputan 3G juga terhadap di dalam pusat latihan itu dan penyerang Sergio Aguero mendedahkan ia merupakan langkah yang tidak ortodoks.

“Saya sedang menyediakan jus oren di tempat ini, dan mereka (rakan sepasukan) bertanya sekiranya internet berfungsi. Saya kata ada masalah. Saya ingatkan mereka bergurau dengan saya, tetapi ia benar.

“Ada satu masa, dia (Guardiola) masuk ke bilik berurut dan melihat salah seorang rakan sepasukan saya. Saya tidak tahu siapa, tetapi pemain itu sedang berehat sambil menggunakan telefonnya. Saya tidak tahu, mungkin dia tidak sukakan perbuatan itu.

“Dia telah menyekat kemudahan Internet. Kami tidak mempunyai Internet di bilik persalinan, bilik berurut dan kolam renang. Di bahagian atas terdapat liputan 3G yang sedikit,” katanya.

Langkah Guardiola itu susulan Manchester City menang sebanyak 10 kali berturut-turut sebelum mengalami kekalahan pertama mereka di Tottenham pada musim ini.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *