Share on Facebook

KUALA LUMPUR, Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) telah mengenal pasti taktik pihak yang tidak bertanggungjawab mengguna pakai logo, akronim dan nama PUNB dan mengaku menjadi perantara atau ejen PUNB untuk mengelirukan orang ramai.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azhar Ahmad berkata, PUNB tidak pernah melantik atau menggunakan khidmat perantara atau mana-mana persatuan atau ejen atau wakil untuk berurusan dengan usahawan dan bakal usahawan yang memohon pembiayaan PUNB.

Beliau berkata, tindakan ini boleh mengakibatkan salah tanggapan dan kekeliruan dalam kalangan bakal usahawan dan menegaskan bahawa PUNB tidak mempunyai sebarang kaitan, persamaan dan/atau hubungan dalam apa juga bentuk dan cara sekalipun dengan mana-mana koperasi atau syarikat, individu, perantara, ejen atau wakil yang menyalahguna logo, akronim atau nama PUNB.

“PUNB memandang serius perkara yang tidak bertanggungjawab ini dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap mana-mana persatuan, pihak ketiga atau ejen yang berterusan menyalah guna logo, akronim dan nama PUNB serta mengaku menjadi perantara atau ejen PUNB,” katanya lagi.

PUNB turut menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati dengan mana-mana entiti yang menggunakan logo atau nama PUNB untuk menjual pelbagai produk pembiayaan dan mengaku menjadi perantara atau ejen bagi pihak PUNB untuk mengelirukan orang ramai.

Sebarang pertanyaan mengenai pembiayaan perniagaan PUNB boleh dibuat melalui pusat khidmat pelanggan di talian 1300137862 atau Ibu Pejabat PUNB di Kuala Lumpur dan pejabat cawangan di seluruh negara.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *