Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memberi bayangan pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) bakal diadakan selepas Tahun Baharu Cina, tahun depan.

Perkara itu disebut Ahmad Zahid, yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk dalam ucapannya ketika merasmikan Tokong Teoh Fu Kiong di Hutan Melintang, hari ini, menggunakan perkataan “Hari Besar” seolah-olah merujuk kepada PRU-14 yang kini menjadi tanda tanya ramai bila akan diadakan.

“Jangan lupa Hari Besar (Tahun Baharu Cina) akan sampai, lepas Tahun Baharu Cina akan ada “Hari Besar’ lain.

“Kalau dulu bikin silap (tak undi Barisan Nasional (BN), tak apa…saya maafkan. Kalau boleh kali ini, jangan bikin silap lagi woo,” katanya dalam loghat orang Tionghoa berbahasa Melayu.

Ucapan Ahmad Zahid itu disambut sorakan lebih 500 masyarakat Tionghoa setempat yang hadir pada majlis perasmian tokong itu.

Tahun Baharu Cina dijangka disambut pada 16 dan 17 Februari 2018.

Tarikh luput mandat kerajaan Persekutuan diterajui Barisan Nasional (BN) pada 24 Jun 2018 dan PRU-14 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh luput itu.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *