mh online

Tabung Projek 10 Sen Hydrocephalus Malaysia yang dilancarkan hari ini merupakan inisiatif Persatuan Pesakit Hydrocephalus Malaysia untuk mengumpul dana membantu pesakit kurang berkemampuan.

Timbalan Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Neurosurgeri Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Azmi Alias berkata, pewujudan tabung itu juga sebagai langkah memberi kesedaran tentang wujudnya penyakit Hydrocephalus dalam kalangan kanak-kanak dan juga dewasa.

“Secara tidak langsung kami memberi kesedaran kepada masyarakat tentang penyakit Hydrocephalus yang sering dihidapi oleh kanak-kanak dan bayi termasuk golongan dewasa.

“Kebanyakan masyarakat di negara kita tidak memberi kepentingan kepada penyakit ini dan pesakit menerima rawatan pada waktu yang lewat, juga mereka kurang mengetahui tentang penyakit ini,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran tabung itu di Kompleks Pakar dan Rawatan Harian HKL di sini, hari ini.

Hydrocephalus boleh didefinisikan sebagai air di dalam kepala dan kebanyakan pesakitnya mempunyai saiz kepala yang besar serta boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat.

Menurut Dr Azmi, dalam setahun pihaknya menjalankan kira-kira 2,500 pembedahan yang melibatkan otak dan anggaran 150 hingga 200 daripadanya membabitkan penyakit Hydrocephalus.

“Sebanyak 150 daripadanya merupakan pembedahan memasukkan Ventriculo-Peritonel atau VP-Shunt, iaitu sejenis tiup yang diletakkan di serambi otak untuk mengalirkan Celebrospinal fluid (CSF) iaitu cecair putih yang mengelilingi otak ke abdomen,” katanya.

Semantara itu, ibu kepada seorang pesakit Hydrocephalus, Zurina Shaharun, 56, berkata anaknya Mohd Syukor Khalid, 20, pesakit yang paling tua mengikut Persatuan itu, sudah tujuh kali menjalani pembedahan VP-Shunt.

“Anak saya telah menerima rawatan VP-Shunt sejak umur 18 hari sehingga 14 tahun, dan kini dia boleh makan. Sebelum ini dia tidak boleh makan makanan yang keras.

“Saya baru mengikuti kumpulan ini dan memberi sedikit-sebanyak nasihat kepada ahli kumpulan, kami saling bantu-membantu, yang penting ibu bapa mesti peka dan reda dengan keadaan anak dan pembesarannya yang sangat berlainan dengan kanak-kanak biasa,” katanya

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *