Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Presiden Perancis Diberi Sambutan Negara

Presiden Perancis Diberi Sambutan Negara

Presiden Perancis Francois Hollande, yang dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia, diberi sambutan negara di Dataran Parlimen di sini hari ini.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menyambut ketibaan Hollande di dataran itu pada 9.30 pagi.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan menteri-menteri Kabinet.

Upacara sambutan dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan Perancis dan Malaysia oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dari Kem Sungai Besi disusuli dengan tembakan meriam sebanyak 21 das.

Presiden Perancis kemudian memeriksa kawalan kehormat terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat dari Batalion Pertama RAMD yang diketuai Mejar Muhammad Eqram Muhammad Rosly.

Leave a Reply

Top